Jenazah Allahyarham diusung ke tanah perkuburan Islam, semalam.JPG
Jenazah Allahyarham diusung dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Long, pagi tadi.
Jenazah Allahyarham diusung dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Long, pagi tadi.
SUNGAI LONG, 1 MEI 2010 - Ketua Pemuda Cawangan UMNO Sungai Long, Mohd Roslan Mustafa,31,dekat sini petang semalam meninggal dunia dalam perjalanan menerima rawatan ke Hospital Jeli selepas rebah di padang ketika beraksi dalam perlawanan bola sepak di Padang Awam,Kampung Lubok Bongor.
Allahyarham dikatakan rebah dan tidak sedarkan diri di dalam padang pada separuh masa pertama ketika pasukannya sedang beraksi menentang pasukan bola sepak Kedai Kuala Balah.
Dalam kejadian pada jam lebih kurang 6.10 petang itu, Allahyarham dikatakan sesak nafas sebelum rebah dan dikejarkan ke hopsital untuk menerima rawatan lanjut.
Allahyarham yang meninggalkan seorangf isteri dan dua anak dipercayai mengalami serangan jantung ketika perlawanan sedang berlangsung pada petang berkenaan.
Jenazah Allahyarham kebumikan hari ini di kampungnya dekat sini pada jam 11.20 pagi tadi di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Long..
Hadir menziarahi keluarga Allahyarham ialah Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jeli, Khairul Ikhwaniza Mohd Zahari, Naib Ketua Pergerakan Puteri, Raja Norhasmiza Raja Ali dan kepimpinan UMNO Bahagian Jeli.
Takziah untuk keluarga Allahyarham dan didoakan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.................


